PERSATUAN PENGAJAR BAHASA JEPUN MALAYSIA

Salam Ukhwah dari MAJLIS

PENGENALAN


Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) mengumpulkan tenaga pengajar bahasa Jepun tanpa mengira bangsa dan etnik yang terlibat dalam bahasa, hubungan budaya dan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia. Di MAJLIS, kami menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran bersama dalam pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan bahasa Jepun, selain membina hubungan yang kuat di antara ahli MAJLIS dan organisasi lain. Potensi ini akan lahir dengan mewujudkan peluang, membina hubungan dan menimbulkan kepercayaan sesama ahli. Sebagai permulaan, kita sasarkan penglibatan setiap pensyarah dan guru bahasa Jepun daripada seluruh institusi pendidikan di Malaysia.

OBJEKTIF


KEAHLIAN


Keahlian biasa terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun, atau, secara profesional berminat dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan Bahasa Jepun. Ia juga terbuka kepada rakyat Malaysia yang tidak terlibat secara langsung dalam pengajaran atau penyelidikan Bahasa Jepun, tetapi berminat untuk menyertai aktiviti bahasa dan budaya Jepun anjuran MAJLIS. Penduduk tetap dan warga negara asing yang berminat untuk menyertai MAJLIS juga dialukan menjadi ahli bersekutu.  

Sekretariat MAJLIS

ALAMAT

Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS)

d/a Dr. Normalis Binti Amzah

Pusat Kajian Bahasa & Linguistik

Universiti Kebangsaan Malaysia,  Bangi 

43600 Selangor, Malaysia

TELEFON

+6013-3486919 / 012-3090235 / 017-3326343

E-MEL

majliskyoshigakkai@gmail.com   

Kemaskini 28 Dis 2023