CAKAP JEPUN

Menterjemah pengalaman belajar dan bekerja di Jepun dengan menanam minda kelas pertama demi menaik taraf kehidupan sosial masyarakat Malaysia.



CAKAP JEPUN diasaskan oleh 3 orang jurutera muda yang berpengalaman sebagai pelajar dan jurutera di Jepun. Berlatar belakangkan aliran Sains yang agak menguji apabila mereka perlu belajar bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan satu-satunya bahasa yang digunakan di negara Jepun. Dengan impian untuk "berbakti semula kepada masyarakat”, mereka telah menubuhkan kumpulan CAKAP JEPUN yang sedang bertambah ahlinya sehingga kini.


VISI

CAKAP JEPUN berhasrat untuk memastikan pemikiran rakyat Malaysia  selari dengan pemikiran dan budaya rakyat negara maju supaya visi & misi negara dapat dicapai dengan pantas.


MISI

1. Kami adalah entiti bisnes yang berfokuskan pendefinisian semula pembelajaran bahasa Jepun.

2. Menyediakan perkhidmatan pendidikan dan menerap keyakinan dalam bahasa Jepun.

3. Membangunkan insan berkeyakinan tinggi dan positif.

4. Membentuk komuniti yang memberi impak kepada negara.