FOREIGN MINISTER'S COMMENDATIONS
FOR FY 2019

Foreign Minister’s Commendations for FY 2019

Pada 23 September 2019, Majlis Penganugerahan Penghargaan Menteri Luar bagi Tahun Fiskal 2019 kepada Encik Edward Lee Chee Peng, Dr. Zoraida binti Mustafa dan Encik Lee Wing Fook telah diadakan. Anugerah itu disampaikan sebagai mengiktiraf perkhidmatan cemerlang dalam menggalakkan persefahaman antara Jepun dan Malaysia, menyumbang kepada menggalakkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.