FOREIGN MINISTER'S COMMENDATIONS
FOR FY 2023

Foreign Minister’s Commendation for FY 2023

Dr. Jamila telah terlibat dalam pertukaran pendidikan antara Jepun dan Malaysia selama beberapa tahun. Beliau belajar di Jepun di bawah Dasar Pandang Ke Timur, yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia, dan kemudiannya memperoleh ijazah Sarjana dan Kedoktoran di Jepun sebagai pelajar Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho).

Selepas pulang ke Malaysia, selama 25 tahun, Dr. Jamila berusaha keras untuk mempromosikan pengajian di Jepun dengan memanfaatkan pengalamannya di Jepun sebagai pensyarah bahasa Jepun di AAJ (Ambang Asuhan Jepun), Universiti Malaya, yang menyediakan program persediaan khas kepada warga Malaysia, belia yang berhasrat memasuki universiti Jepun.

Pada 2022, Dr. Jamila berpindah ke Program Jepun, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, yang menawarkan satu-satunya program ijazah sarjana muda di Malaysia dalam Bahasa dan Linguistik Jepun. Di samping itu, pada tahun 2021, Dr. Jamila telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Malaysia-Jepun di Universiti Malaya, dan telah menyumbang kepada promosi pendidikan bahasa Jepun dan pengajian Jepun di Malaysia melalui Bantuan Geran untuk Cultural Grassroots Project of Japan dan pelbagai acara berkaitan Jepun.